AZALINA
AZALINA

RUU yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said itu bertujuan mengekang penyebaran berita tidak benar dan mewujudkan langkah-langkah pencegahan.

Menurut RUU tersebut, berita tidak benar ditafsirkan sebagai sebarang berita, maklumat, data dan laporan yang sebahagian atau keseluruhannya palsu sama ada diterbitkan dalam apa-apa bentuk termasuk rencana, visual atau rakaman audio.

RUU baharu itu juga memperuntukkan tindakan undang-undang ke atas individu yang menyediakan bantuan kewangan kepada pihak yang melakukan perlakuan menghasilkan dan menyebarkan berita tidak benar.

Jika disabitkan kesalahan, hukuman bagi pemberi dana adalah sama dengan penyebar berita palsu iaitu boleh didenda sehingga RM500,000 ataupun penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali.