Malah, beliau menegaskan akan terus memimpin badan bola sepak negeri itu sehingga tamat tempoh perkhidmatannya iaitu pada 2021.

Bibi Ramjani turut menempelak pihak pengurusan KAFA terdahulu dengan memberitahu, mereka seharusnya bertanggungjawab menyelesaikan hutang yang ada sebelum menyerahkannya kepada pengurusan baharu.

“Mereka sepatutnya datang bantu kami jika sayangkan bola sepak Kelantan. Jangan tinggalkan hutang. Sejak saya ambil alih KAFA, telah banyak hutang yang saya lunaskan,” katanya yang dipilih meneraju badan itu sejak September 2017.