Atlet kelahiran Rompin, Pahang, Mohd. Azroy Hazal Wafie, 24, menuai emas pertama menerusi acara angkat berat kategori 56 kilogram (kg) yang berlangsung di Pusat Sukan dan Rekreasi Carrara.

Malah, Mohd. Azroy turut memperbaharui rekod kejohanan menerusi angkatan 261kh, sekali gus memadamkan rekod milik Amirul Hamizan Ibrahim yang dilakukan di Sukan Komanwel 2002 di Manchester, England.

Kegembiraan itu diteruskan oleh rakannya, Muhamad Aznil Bidin, 24, apabila meraih pingat emas dalam kategori 62kg.

Pada temasya itu, Aznil berjaya mengangkat angkatan keseluruhan seberat 288kg melalui 126kg bagi snatch, dan 162kg untuk clean & jerk.

Menariknya, berat angkatan tersebut membolehkan beliau memadam rekod kebangsaan miliknya iaitu 279kg yang dilakukan sewaktu Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL17).