Amirudin, 38, dilantik sebagai Menteri Besar Selangor ke­-16 menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyertai Kabinet kerajaan Persekutuan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan, ikrar dan aku janji itu diadakan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau yang berasal dari Pontian, Johor merupakan antara calon termuda pernah memegang jawatan Menteri Besar Selangor selepas ADUN Sungai Panjang Barisan Nasional (BN), Dr. Mohamad Khir Toyo yang dilantik ke jawatan itu ketika berusia 35 tahun pada tahun 2000.