Teknologi telefon pintar kini adalah pelengkap pada era komunikasi digital dengan pelbagai aplikasi yang sedia dimuat turun tanpa kos tinggi.

Ia sebagai alat komunikasi canggih yang dapat diakses di mana sahaja untuk mendapatkan maklumat tentang laporan berita, kelangsungan peristiwa yang berlaku seantero dunia.

Aplikasi sosial seperti Facebook, WhatsApp, Telegram, Instagram dan kepelbagaian aplikasi sosial lain boleh didapati dengan adanya telefon pintar ini.

Kuasa teknologi internet masa kini diibaratkan sebagai nyawa kedua dalam kehidupan. Adakalanya telefon pintar boleh memudaratkan pengguna bergantung kepada cara pengunaannya.

Penulis berkesempatan merakam detik-detik persekitaran pengguna telefon pintar di Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (KLIA2), Stesen Sentral Kuala Lumpur dan di dalam pengangkutan awam KTM Komuter.