Tujuh komuniti tinggal di kawasan yang musnah terpaksa dipindahkan ketika aktiviti gunung berapi meletus manakala operasi menyelamat turut ditangguhkan.

Menurut pegawai penyelamat, Cabanas, pencarian mayat di kampung-kampung yang musnah akibat letusan itu agak perlahan berikutan bentuk muka bumi yang sukar dan gunung berapi tersebut masih memuntahkan lumpur mendidih, batu dan abu ke bawah.

“Kami akan terus mencari sehingga menemui mangsa ter­akhir, walaupun kami tidak tahu jumlah sebenar mereka,” katanya.

Bagaimanapun, ha­rapan untuk menemui mangsa terselamat adalah tipis.