Mempersembahkan hampir 20 buah lagu tanpa henti, aura vokalis utama Wings, Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman,  ternyata memukau hadirin yang hadir memenuhi Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Mengenakan persalinan ala pahlawan Melayu zaman silam bersesuaian dengan tema Laksamana dan konsert diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-35 Wings dalam industri muzik tempatan 

wings
Wings mengenakan persalinan ala pahlawan Melayu zaman silam bersesuaian dengan tema Laksamana. Foto oleh AMIN FARIJ HASSAN

Peminat yang hadir juga ada yang turut mengenakan busana pahlawan Melayu dan bertanjak sebagai tanda sokongan terhadap Wings.

Terdahulu, pentas konsert dihangatkan oleh Bunkface yang menzahirkan penghormatan terhadap peluang berkongsi pentas dengan Wings.

Vokalis Bunkface, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 32, berkata, mereka sebenarnya gemuruh melaksanakan tanggungjawab pembuka tirai konsert berkenaan.

"Gemuruh sebenarnya diberi peluang berkongsi satu pentas dengan kumpulan rock lagenda negara. Alhamdulillah," katanya.

Konsert Laksamana Metal Wings x Bunkface merupakan anjuran Awie Entertainment (M) Sdn. Bhd., julung kali menggabungkan genre muzik punk dan rock di pentas yang sama.

Dalam konsert berkenaan, Wings menyampaikan lagu-lagu berhantu mereka  termasuk Sejati dan Sayap Ilusi. - K! ONLINE