Jelas Bella melalui tulisan di Instagram miliknya, Aliff dianiaya oleh orang yang baru sahaja dikenali dalam video 'lalok' yang tular tersebut. 

"Saya tidak dapat menahan sedih dan menghubunginya pagi tadi. Aliff cakap dia dianiaya oleh orang yang baru sahaja dikenali dalam video tersebut. Wallahualam. 

"Walau apapun, dia masih bapa kepada anak saya. Dan sebenarnya, sebelum berangkat ke Melbourne, saya bawa Ayden berjumpa dengannya di Singapura. Apa yang terjadi sekarang sangat mengejutkan saya dan keluarga," ujar Bella yang baru sahaja pulang ke tanah air dari Melbourne, Australia. 

Tambah Bella, dia berharap orang ramai tidak meremehkan hal yang berkenaan depresi yang mungkin sedang berlaku terhadap bekas suaminya itu.

"Jangan kita meremehkan hal berkenaan depresi. Saya selalu beritahu Aliff dia selalu boleh berhubung (telefon/panggilan video) dengan Ayden. 

"Saya tidak berdendam dengannya dan saya maafkan dia 100 peratus. Siapalah saya untuk menghukumnya.

"Aliff seorang yang bijak, berilmu tinggi namun iman dia kurang. Sesiapa yang berkawan dengannya, lindungi dan bantulah dia bukan sebaliknya," getusnya. 

Tentang kontroversi tatu, Bella mengesahkan bahawa beberapa keping foto yang tular adalah foto lama seperti mana didakwa pengguna Instagram, @leahenna_artist. - K! ONLINE