Bukan apa, di hospital pun Azad boleh buat lawak. Video Azad buat lawak itu mengundang hampir 2,000 komen dan lebih 400,000 tontonan sejak lima hari ia dimuat naik di Instagram suami isteri itu.

Dalam video berkenaan, Azad dengan selamba memberitahu, walaupun menemani isterinya bersalin di hospital, pada yang sihat dan normal perlu menikmati makanan sedap seperti nasi lemak.

Paling ironi, apabila Azad turut menanggalkan bahagian tepi katil hospital dan mengatakan ia menyerupai beg bimbit (briefcase) untuk ke pejabat.

“Yang, I nak pergi kerja. Hospital ini dahsyat boleh bagi beg bimbit sekali,” kata Azad sambil menjinjit bahagian tepi katil itu ke pintu bilik.

Eira dan anak perempuan sulungnya, Amarra Sofea Rose, 4, tidak dapat menahan ketawa melihat telatah Azad. Rupa-rupanya banyak lagi video lucu suami isteri itu di Instagram yang menarik netizen untuk menontonnya.

Melihat video-video lucu Azad, rindu pula Diva nak lihat dia berlakon drama komedi.

Diva: Diva doakan semoga pelawak Achey dan isterinya dikurniakan cahaya mata. Ini kerana, baru-baru ini Achey ada meluahkan rasa sedih belum dikurniakan anak walaupun sudah mendirikan rumah tangga sejak tujuh tahun.