Sebaliknya, Ayda atau nama sebenar Nur Suhada Jebat, 27, berkata, dia kini bergantung kepada Internet dan banyak merujuk kepada video tutorial percuma yang dimuat naik di laman YouTube.

"Buat masa ini, saya memang tidak pergi ke kelas vokal dan agak lama juga saya tidak berjumpa dengan Cikgu Shafi. Saya hanya belajar sendiri menerusi internet dan juga laman YouTube. Kebiasaannya, saya akan menonton tutorial memantapkan vokal sehari sebelum mengadakan persembahan. 

"Banyak manfaat yang boleh kita dapat daripada video-video berguna yang dimuat naik di YouTube," katanya ketika ditemui pada acara pertunjukan fesyen Ariani di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini petang semalam.

Sejak kebelakangan ini, peminat memuji prestasi vokal Ayda yang dikatakan jauh baik jika dibanding beberapa tahun lalu.

Dalam masa sama, peminat turut memberi maklum balas positif terhadap single solo berentak balada pertamanya, Mana Ada Hati Yang Ingin Trus Disakiti yang diterbitkan bulan lalu.

Namun, Ayda menganggap vokalnya masih di tahap sederhana.

"Bagi saya, nanyian saya masih belum bagus. Banyak perkara yang perlu saya pelajari," katanya lagi. - K! ONLINE