Menurut pengarah drama Halimah Jongang itu, dia sudah melakukan laporan polis pada 21 Jun (Jumaat) lalu.

“Saya tidak boleh komen banyak tapi memang betul. Saya sudah melakukan laporan polis. Sekarang ini dalam penyiasatan.

“Saya serahkan semuanya kepada pihak polis untuk siasatan,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online pada majlis rumah terbuka A. Aida Productions di Wisma Seri Rampai sebentar tadi.

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai kes berkenaan sama ada melibatkan bekas suami, Ariff Aziz, A. Aida enggan memberikan sebarang komen.

“Saya mula sedar ketika pulang bercuti dari Mesir pada 1 Mac lalu.

“Jumlah kehilangan adalah sebanyak RM200, 000 dan transaksi wang dilakukan sebanyak dua kali.

“Tiada komen lanjut dan saya serahkan segalanya kepada polis untuk melakukan siasatan,” katanya. 

Menurut A. Aida, dia melakukan laporan polis pada Jumaat lepas di Balai Polis Bukit Indah, Ampang. - K! ONLINE