Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Zain, 26, ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp turut mengesahkan keputusan ujian air kencing yang dijalankan juga negatif.

“Saya tidak lalok langsung. Ujian air kencing sudah dilakukan dan keputusannya negatif,” katanya.

Pelakon yang popular dengan drama Hero Seorang Cinderella itu telah dibebaskan dengan jaminan polis pada malam sama bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpanya itu.

Bagaimanapun, kakak kepada dua pelakon wanita, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose itu tidak menolak kemungkinan terdapat unsur sabotaj dalam kejadian terbabit.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.