Menerusi kemas kini tersebut, pelakon filem Dukun itu menyatakan kekecewaannya dengan sikap bekas rakan yang telah memusnahkan kepercayaannya berulang kali.

“Saya sanggup memaafkan kesilapan dia yang dulu kerana saya terlalu menghargai persahabatan ini tetapi ini balasan yang saya terima.

“Ucapan maaf sudah tiada nilai jika datang dari mulut orang yang saya anggap rakan karib ini. Dia hanya berpura-pura di sebalik imej wanita lindungan Kaabah,”luah Umie kecewa.

Bagaimanapun, status tersebut telah dipadam tengah malam semalam dengan alasan Umie tidak mahu aura negatif terus terlekat dalam kehidupannya.

Sementara itu, rata-rata peminat beranggapan individu yang dikatakan Umie itu ialah primadona Erra Fazira kerana umum mengetahui keakraban antara mereka sebelum ini.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, peminat dapat mengesan bahawa keduanya sudah berhenti daripada mengikuti laman Instagram masing-masing sekaligus menguatkan dakwaan bahawa dua aktres ini sedang berseteru.

Dalam masa sama, Erra menerusi ruangan komen di Instagram memohon maaf terpaksa memadam beberapa komen yang terlalu lantang agar tiada sebarang isu dipanjangkan atau diperbesarkan.

“Maaf ya, saya akan padam komen yang boleh mengundang perbalahan atau memanjangkan cerita.

“Saya minta peminat yang ada mengeluarkan kata-kata positif sahaja agar semuanya lebih damai,” tulisnya lagi. - K! ONLINE

Menerusi kemas kini tersebut, pelakon filem Dukun itu menyatakan kekecewaannya dengan sikap bekas ra
Menerusi kemas kini tersebut, pelakon filem Dukun itu menyatakan kekecewaannya dengan sikap bekas rakan yang telah memusnahkan kepercayaannya berulang kali.