Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya, Muhammad Asyraf Datuk Seri Khalid menerusi laman Instagram dan turut mengumumkan nama bayi perempuan tersebut.

“Alhamdulillah, isteri saya Tya selamat melahirkan anak kedua kami pada 9 Mei 2019 tepat pukul 9.21 pagi.

“Ucapkan Assalamualaikum kepada Azzahra Jiwa Muhammad Asyraf. Terima kasih atas doa-doa semua peminat Tya sepanjang kehamilan hingga melahirkan,”katanya lagi.

Asyraf,26, dan Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandri Arifin,24, melangsungkan pernikahan pada 2015 dan memiliki seorang lagi anak iaitu Arif Jiwa yang berusia dua tahun. - K! ONLINE