Walaupun hanya muncul dalam tiga musim siri televisyen yang mencetus fenomena tersendiri saentero dunia, Game of Thrones (GoT) iaitu pada musim kedua, kelima dan keenam, jasa seorang pembunuh bernama Jaqen H’ghar amat dikenang terutama terhadap perkembangan antara watak peneraju, Arya Stark.

Katanya, sebelum diterima berlakon dalam siri tersebut, dia tidak tahu menahu langsung mengenai kewujudan GoT yang kini menjadi fenomena hebat.

“Semasa diuji bakat, memang saya tidak tahu langsung apa itu GoT. Apabila terpilih untuk melakonkan watak sebagai Jaqen H’ghar, barulah saya mula membuat ‘kajian’.

“Apa yang saya tahu mengenai GoT hanyalah tentang kehebatan cerita ini yang diceritakan orang lain serta kisah naga-naga yang menjadi bualan ramai. Memang tiada pengetahuan langsung tentang siri ini apabila diuji bakat,” kata Wlaschiha yang amat mengagumi bakat lakonan pelakon cilik, Maisie Williams yang terkenal dengan karakter sebagai Arya.

Ditanya lanjut, dia menjelaskan siri GoT banyak mengubah dirinya daripada seorang pelakon biasa kepada aktor yang mempunyai mengumpul peminat yang ramai di sosial media.

“Ya, saya mendapat ramai peminat baharu di Instagram misalnya. GoT telah memberi saya satu perjalanan karier yang luar biasa.

“Bagaimanapun, dari segi kehidupan peribadi, tidak banyak yang berubah. Saya bukan pelakon Jerman paling popular masa kini,” jelasnya sambil ketawa.

Diburu peminat

Tambahnya, disebabkan penangan siri GoT, dia telah berdepan banyak perkara pelik dalam hidupnya. Antaranya, ‘diganggu’ peminat fanatik sehingga ke kediaman miliknya.

“Saya tidak tahu bagaimana, namun pernah diekori oleh seorang peminat sehingga ke rumah. Memang terkejut apabila mendapati orang asing mengetuk pintu rumah dan menekan loceng berkali-kali.

“Saya terpaksa memberitahu kepada peminat tersebut bahawa saya amat sibuk dan terpaksa bergegas ke tempat lain dengan cara yang baik kerana benar-benar terkejut,” tutur Wlaschiha yang akan muncul dengan sebuah drama berjudul Das Boot tidak lama lagi.

Diusik tentang sama ada peminat akan dapat melihat kelibat atau aksinya dalam musim terbaharunya sebagai Jaqen H’ghar, Wlaschiha hanya tersenyum namun mengunci mulutnya.

“Saya tidak dapat menjawab persoalan itu. Itu adalah jawapan klise kerana saya tidak mahu merosakkan rancangan orang lain,” ujarnya.

Wlaschiha turut bersedih kerana GoT akhirnya terpaksa menggulung skrip apabila bakal menderaskan adrenalin peminat untuk musim terakhir tidak lama lagi.

“Banyak pengalaman yang telah saya timba daripada siri ini. GoT juga telah menjadi ‘hadiah’ paling bermakna kepada semua orang dalam dunia ini.

“Pastinya siri ini akan dikenang sampai bila-bila. Ia satu fenomena luar biasa tapi setiap permulaan pasti ada penghujungnya,” ujarnya.

Terapi

Tidak ja