Ketua Pegawai Eksekutif Ideate Media, Zainir Aminullah berkata, saingan begitu sengit memandangkan filem lain yang dipertandingkan sungguh hebat dan berada dalam kelas tersendiri.

“Sejujurnya, pihak Ideate Media tidak meletakkan sebarang harapan. Sudah disenarai pendek sebagai antara filem Asia terbaik sudah memadai.

“Menang atau kalah, itu perkara kedua. Apa yang penting, objektif kami untuk karya ini diterima di luar negara sudah tercapai. Alhamdulillah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini sebentar tadi.

Untuk rekod, Tombiruo: Penunggu Rimba bakal bersaing dengan lapan filem dari Asia lain seperti 987 When The Day Comes (Korea Selatan), The Bold, The Corrupt and The Beautiful (Taiwan), Dying to Survive (China), Gali Guleiyan (India), Newton (India), Sanju (India), Shoplifters (Jepun) dan Youth (China).

Pemenang bagi kategori berkenaan akan diumumkan pada majlis kemuncak di Sydney pada 5 Disember depan. - K! ONLINE