Afiq, 27, atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah menyerahkan mas kahwin RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan.

“Alhamdulillah, segala dirancang berjalan lancar. Bukan berniat untuk merahsiakan namun majlis semalam membabitkan keluarga kedua belah pihak dan rakan terdekat sahaja.

“Majlis dilakukan tanpa liputan media kerana itu permintaan ibu saya. Insya-Allah, pada majlis resepsi nanti kami akan jemput media. Cuma, buat masa sekarang belum ada sebarang tarikh ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Afiq berkata, dia dan isteri berkenalan sejak setahun lalu ketika terlibat bersama dalam drama Air Mata Syurga yang ditayangkan di saluran Unifi TV.

“Sepanjang perhubungan kami, saya memang tidak tunjuk sangat. Keluarga dan rakan terdekat sahaja tahu.

“Kami berkenalan ketika berlakon bersama. Sejak itu, kami saling mengenali dan jatuh cinta sebelum mengambil keputusan untuk bertunang enam bulan selepas itu,” katanya. - K! Online