Tayangan semula filem arahan Nam Ron itu bakal menemui penonton di lapan buah pawagam iaitu TGV Cinemas Sunway Pyramid, TGV Cinemas Wangsa Walk, TGV Cinemas 1 Utama, TGV Cinemas Tebrau City, TGV Cinemas Bukit Raja, TGV Cinemas KLCC, TGV Cinemas Dpulze dan TGV Cinemas Kinta City.

Bagi tayangan kali ini, karya terbitan Pixel Play Entertainment ini hanya mengenakan bayaran serendah RM5 untuk sekeping tiket.

One Two Jaga telah meraih kemenangan besar di FFM30 apabila turut merangkul empat lagi anugerah kategori utama termasuk Pelakon Lelaki Terbaik (Dr. Rosdeen Suboh), Cerita Asal Terbaik (Pitt Haniff,Nam Ron, Muhammad Syafiq), Lakon Layar Terbaik(Nam Ron, Amri Rohayat,Fared Ayam) dan Poster Terbaik (Jazzy Pictures). - K! ONLINE