Syafiq, 27, berkata, selain berasa tidak sabar untuk beraksi secara langsung di atas pentas besar, dia juga mahu mencuba sesuatu yang baharu bagi mengembangkan portfolio seninya.

“Sejujurnya, saya sudah lama ingin berlakon teater. Maklumlah, apabila kita berlakon di atas pentas yang besar, pengalaman yang bakal diraih nanti juga berbeza.

“Tambahan pula, saya memang suka mencuba perkara babaru. Jadi, apabila Erma Fatima memberikan tawaran, saya terus terima tanpa berfikir panjang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah pelakon drama Bukan Cinta Aku itu, penglibatan pertamanya di pentas teater kelak turut disertai pelakon popular, Janna Nick.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh bercerita lanjut mengenai judul dan jalan cerita naskhah tersebut secara keseluruhan.

“Apa yang pasti, pengumuman rasmi mengenai pementasan ini akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya lagi. - K! ONLINE