Syafie ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, keputusan untuk memutuskan tali pertunangan tersebut dilakukan atas persetujuan kedua belah pihak.

“Ya, kami sudah putus tunang. Tidak ada orang ketiga mahupun masalah keluarga.

“Tetapi, saya rasa dugaan bertunang terlalu berat dan tidak mampu untuk diteruskan,” katanya.

Tambah Syafie, dia berasakan keputusan tersebut adalah satu keputusan terbaik untuk dia dan Aishah.

“Jika dugaan ketika ini sudah tidak mampu saya tanggung, bagaimana nanti apabila sudah berkahwin?

“Buat masa sekarang, mungkin ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami berdua. Mungkin juga dugaan paling besar adalah soal kematangan diri saya,” katanya lagi.

Syafie mengikat tali pertunangan dengan adik kepada pelakon Afiq Muiz itu pada 7 April lalu.

Spekulasi mengenai status hubungan mereka mula timbul apabila Syafie dan Aishah memadam gambar pertunangan mereka dalam dalam sosial, Instagram. - K! ONLINE