Menerusi kemas kini Instagramnya, Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah meluahkan rasa syukur kerana pihak tentera yang menahan suaminya dan delegasi #wakeupforgaza adalah dari negara Mesir bukannya Israel.

“Semalaman saya tidak boleh tidur sehinggalah suami menghubungi saya pukul 2 pagi tadi dan memberitahu mereka semua selamat.

“Namun begitu, mereka semua masih tidak dibenarkan keluar dari Gaza. Saya mohon anda semua doakan suami dan delegasi kemanusiaannya,” tulis Yatt lagi.

Selain Zulfadhli, delegasi #wakeupforgaza turut disertai oleh penyanyi Heliza Helmi bersama adiknya dan juga pasukan media daripada stesen televisyen Al-Hijrah. Mereka sudah berada di sana sejak lima hari lalu untuk misi kemanusiaan. - K! ONLINE