Menerusi Instagram milik Warren Brown, 40, yang membawakan watak Sarjan Daniel Macallister, pelakon tersebut memuat naik gambar acah terkini Strike Back yang menampilkan para pelakon yang berlatar belakangkan kota raya Kuala Lumpur.

“Misi di Malaysia, diterima!” ujarnya ringkas.

Selain Kuala Lumpur, para pelakon Strike Back mungkin menjalani penggambaran di Pulau Pinang dan Johor mengikut tanda panggar tiga negeri itu yang ditulis oleh Brown.

Brown merupakan pelakon yang berasal dari England dan sebelum ini pernah membintangi beberapa filem seperti The Dark Knight Rises dan The Hatton Garden Job.

Strike Back merupakan siri edaran HBO dan bakal ditayangkan di saluran Cinemax kelak. - K! ONLINE