Selepas muncul dengan konsert hebat dan laris pada Mac 2016, Brian, Eros, Duta dan Adam akan kembali pula dalam sebuah konsert khas buat semua peminat Malaysia dalam sebuah konsert berjudul Sheila on 7 - Live In Kuala Lumpur 2018.

Konsert dengan durasi dua jam 30 minit tersebut tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat kerana grup hebat itu akan mempersembahkan repertoir daripada album pertama sehinggalah lagu-lagu seperti Sephia, Pria Kesepian, Melompat Lebih Tinggi dan Seberapa Pantas yang merupakan lagu kegemaran ramai.

Dianjurkan oleh No Fear Sdn. Bhd. dan Shiraz Projek Sdn. Bhd., konsert berkenaan diadakan bertujuan meraikan sokongan besar ribuan peminat setia mereka di Malaysia dan sekitar rantau ini. Penantian tersebut bakal berakhir dengan konsert SO7 pada 10 Februari 2018.

Tiket-tiket dijual dengan harga RM 315 (Meet & Greet), RM215 (Diamond), RM165 (Platinum), RM125 (Gold) dan RM85 (Silver). Tiket mula dijual bermula 21 Disember 2017 menerusi www.mytickets.asia.

Sebagai tawaran istimewa, diskaun sebanyak 15 peratus disediakan untuk 250 pembeli tiket pertama (tidak termasuk tiket Meet & Greet).

Peminat setia Sheila On 7 juga akan mendapat peluang bertemu dengan mereka dengan pembelian tiket Meet & Greet dan akan mendapat barangan cenderahati percuma.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 03-8605 0195, 012-256 0082 atau layari www.shirazprojects.com.