Siti, 39, turut berkongsi perkembangan terkini puteri comelnya Siti Aafiyah yang semakin membesar dengan sihat.

“Hari ini Aafiyah dan ibu buat pemeriksaan doktor sekali. Apa yang tragis hari ini ialah bila Aafiyah kena ambil darah, ibu yang menangis.

“Alhamdulillah, semuanya baik dan ibu turut berat sebanyak 17.87kg sekarang. Banyak lagi kena turun ni,” tulisnya.

Sementara itu, pengurus Siti, Rozi Abdul Razak memberitahu pelantun lagu Comel Pipi Merah itu menyasarkan berat badan sebanyak 62kg yang merupakan berat ideal bagi dirinya.

“Berat Siti sebelum melahirkan Aafiyah melebihi 80kg. Kini beliau sedang giat mendapatkan badan badan yang ideal dengan dirinya iaitu sebanyak 62 kg,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Dalam pada itu, perkongsian berkenaan mendapat maklum balas positif netizen apabila rata-rata mengagumi kesungguhan penyanyi itu menurunkan berat badan selepas bersalin.

Terdahulu, kisah kelahiran bayi pertama Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Pada 19 Mac lalu, penyanyi kesayangan ramai itu selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 3.55kg secara pembedahan caesarean di Pusat Perubatan Gleneagles, Jalan Ampang, di sini. - K! ONLINE