Kata Siti, ia adalah hadiah yang sangat bermakna buat diri dan kariernya sejak kembali aktif dalam bidang nyanyian selepas melahirkan Siti Aafiyah pada 19 Mac tahun lalu. 

“Alhamdulillah, ini adalah salah satu daripada pencapaian yang diraih bersama pihak Universal Music. Selama bekerjasama, mereka banyak membantu dari segi penjualan album dan lagu saya termasuklah menerusi platform digital. 

“Beberapa lagu hits saya menerima pengiktirafan platinum dan ia menunjukkan petanda yang positif untuk kerjaya saya. Syukur atas segala pengiktirafan ini,” ujarnya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama kelab peminatnya, Sitizone dan penyampaian anugerah Universal Music di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)pada malam Sabtu. 

Pada majlis itu juga, Siti, 40, turut menerima anugerah Legend Award daripada Universal Music atas kejayaan yang diraihnya. - K! ONLINE