Lagu dicipta khas untuk anak perempuannya yang dijangka bakal dilahirkan pada Mac depan diinspirasikan daripada dodoian arwah ayahnya, Taruddin Ismail yang pernah didengar oleh beliau ketika masih kecil.

“Dodoian tersebut dijadikan sebagai melodi utama untuk lagu Comel Pipi Merah.

“Tidak sangka pula ahli keluarga lain termasuk suami saya, Datuk Khalid menyukai lagu tersebut,” katanya.

Penyanyi lagu Aku Bukan Malaikat itu turut mengumumkan kandungannya yang berusia tujuh bulan itu kini seberat 1.6 kilogram.

Dalam perkembangan lain, Siti turut melancarkan tabung kebajikan Sitizoner bagi membantu ahli kelab peminatnya, Sitizone yang diserang penyakit atau dilanda musibah.

Siti berkata, tabung tersebut diwujudkan kerana telah menganggap ahli kelab Sitizone sebagai sebahagian daripada keluarganya sendiri.

“Sejak ditubuhkan, ada beberapa ahli kelab yang ditimpa musibah seperti penyakit kritikal, kemalangan dan kematian,” katanya lagi. - K! ONLINE