Siti Nurhaliza yang hadir mengenakan gaun berona merah hati melalui akaun Instagram miliknya menzahirkan rasa syukur atas kepercayaan hingga membolehkannya menerima anugerah berprestij tersebut.

Lebih manis lagi, penyanyi tersohor tersebut menerima anugerah itu yang disampaikan sendiri oleh ‘doktor kegemarannya’, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang turut ditemani isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

“Anugerah ini adalah khas buat anak saya, Siti Aafiyah Khalid. Semoga membesar menjadi insan yang berjaya dan bermanfaat kepada masyarakat kelak,” titipnya di laman Instagram miliknya. 

Pada masa sama, Siti Nurhaliza, 39, turut berkongsi beberapa keping foto dirinya bersama Dr. Mahathir dengan kapsyen “My Favourite Doctor” dan mendapat lebih daripada 50,000 likes dan 300 komen pengikut yang rata-ratanya mengucapkan tahniah. 

Anugerah berprestij itu diadakan bagi mengiktiraf usahawan muda tempatan yang berani, kreatif dan inovatif dalam pelbagai bidang dan industri diceburi. - K! ONLINE