Penyanyi lagu Segala Perasaan itu berkata, pelantikan yang dilakukan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi itu merupakan satu penghormatan buatnya.

Siti, 39, menjelaskan, peluang menduduki kerusi tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman dalam bidang seni sepanjang lebih 20 tahun dengan menjadikan nyanyian sebagai karier utama.

“Selama ini saya membuat persembahan dan menghiburkan khalayak. Jadi, sudah tiba masanya saya memberi kembali kepada masyarakat.

“Pelantikan ini juga menjadi satu anjakan baharu kepada diri saya untuk melibatkan diri dalam bidang pendidikan,” ujar Siti ketika dihubungi Kosmo sebentar tadi.

Sebelum ini, Aswara turut melantik Datuk A. Rahman Hassan serta pengarah Rashid Sibir sebagai ALP.

Selain itu, wartawan penyiaran TV3, Azwaliza Azman juga merupkan antara individu yang dilantik sebagai ALP Aswara. - K! ONLINE