Siti Nurhaliza Tarudin, 40, menerima anugerah tersebut di hadapan tetamu yang terdiri daripada kerabat Diraja Arab.

Pemilihan pelantun Kasihku Selamanya itu adalah keputusan sebulat suara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) atas pengaruh Siti Nurhaliza sebagai ikon wanita muslim dan selebriti di negara ini.

Siti Nurhaliza menerusi laman Instagramnya berkata, pengiktirafan tersebut amat bermakna sepanjang kerjayanya dan menjadi pemangkin semangat untuk terus bekerja keras.

"Alhamdulillah dan terima kasih di atas penghargaan antarabangsa yang saya terima pada malam ini (semalam).

"Semoga ini menjadi semangat buat saya bagi menjalani hari-hari ke depan kerana pada malam ini saya bertemu ramai penerima anugerah dari dalam dan luar negara," katanya.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Anugerah Dunia Islam Rania, Dr. Raja Laila Rani Raja Mohamad Abdullah.

Rania diambil sempena nama Permaisuri kepada Raja Arab iaitu Raja Abdullah. - K! ONLINE