Teater yang dipentaskan dibawah arahan Fahmi Zamari sejak 8 Mei lalu di Projek Bilik Sempit Revolution Stage itu dilihat berjaya membuatkan penonton mengalirkan air mata terutamanya apabila melihat watak seorang ibu membesarkan Adam yang istimewa.

Berkonsepkan realism, teater karya tulisan Arshad Adam ini juga berjaya menggarab pengetahuan mengenai Sindrom Asperger iaitu sejenis gangguan neurobiologi tetapi masih terlingkup dalam spektrum Autisme kepada para penonton.

Hanya menggunakan khidmat empat pelakon iaitu Dibasoyy (Khatidah), Shahrul Skye (Azril), Kecik (Adam) dan Yazid Anuar (Umar) sudah cukup membuatkan penonton terhibur sepanjang 1 jam 30 minit pementasan.

Hanya berbaki satu lagi pementasan, orang ramai boleh berkunjung ke Projek Bilik Sempit Revolution Stage sebelum 9.30 malam ini agar tidak terlepas peluang menonton.

Orang ramai yang berminat juga boleh menghubungi Ady di talian 017-5730 773 untuk membeli tiket pada harga RM20 untuk pelajar manakala RM25 untuk orang awam. – K! ONLINE