Atas sebab tersebut, Siti Sarah dibantu suaminya Shuib telah meninjau pendapat peminat-peminat mereka melalui laman Instagram. 

Mengungguli carta pilihan peminat mereka adalah pelakon kacak Remy Ishak, Fikry Ibrahim dan Zul Ariffin. 

Nama Shuib Sepahtu sendiri menjadi saingan hebat kepada tiga pelakon terbabit namun menurut Siti Sarah, dia telah menyingkirkan nama suaminya daripada senarai terakhir.

Untuk rekod, jumlah klik 'suka' bagi tinjuan tersebut telah mencapai lebih 161,000 di Instagram, manakala komen cadangan pula mencecah 12,000. 

Klip video lirik di laman YouTube telah menjangkau lebih 10 juta tontonan sejak ia dikeluarkan pada 4 Mei tahun lalu. - K! ONLINE