Shima atau nama sebenarnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 50, mengakui dia terkejut namun, perlu reda menerima kenyataan tersebut.

“Apa lagi yang boleh saya buat selain terima dengan hati yang reda.

“Memang sekarang saya sedang susah, tetapi saya yakin, di sebalik setiap ujian Allah ada hikmahnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Shima yang kini sedang menderita sakit saraf dan tulang belakang, biarpun begitu, dia tidak pernah meminta-minta daripada masyarakat dan berusaha mencari sumber pendapatan sendiri.

“Sekarang saya belum boleh berniaga nasi campur seperti biasa kerana sedang sakit dan tidak boleh berdiri lama,” luahnya lagi.

Dalam masa sama, pelantun lagu Teringin ini turut meluahkan hasrat untuk memohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan berharap ada pihak yang boleh membantunya. - K! ONLINE