Sedang dalam proses pembikinan, lagu berkenaan merupakan hadiah buat peminatnya yang tidak jemu menanti kemunculan single Shiha sejak meraih tempat ketiga dalam pertandingan D' Academy Asia tiga tahun lalu.

Menurut pemilik nama lengkap Nurshiha Mohd. Zikir itu, dia merencanakan single berkenaan khusus buat pasaran di Indonesia namun, tidak menolak untuk memasuki pasaran tempatan jika mendapat permintaan pendengar.

"Shiha memilih genre dangdut untuk pasaran Indonesia kerana ingin menghormati perjuangan muzik berkenaan di sana. Saya kagum dengan semangat mereka yang memperjuangkan muzik dangdut klasik dan single ini adalah tanda sokongan saya.

"Lagu yang saya pilih ini adalah berkonsepkan irama Melayu dangdut dan ia juga merupakan buah tangan Shiha buat peminat di Indonesia yang tidak jemu menyokong meskipun sudah tiga tahun D' Academy Asia berlalu," katanya ketika ditemui pada Siri Jelajah Filem Makrifat Cinta di East Coast Mall di sini malam tadi. - K! ONLINE