Pelakon itu berada di Fujimi-Shi kerana menjalani sesi latihan teater berjudul Beautiful Water yang merupakan kerjasama antara tiga negara iaitu Jepun, Malaysia dan Indonesia. 

Dia berada di sana sejak 28 Ogos lalu sehingga 13 Oktober depan. 

“Taufan. Vertigo. Dua perkataan yang saya pernah dengar namun hari ni buat pertama kalinya saya alami sendiri. SubhanAllah. Banyak belajar kali ini. Semoga segalanya dipermudahkan Ya Rabb,” tulisnya menerusi akaun Twitter kelmarin.                                                                                      
  Selain Amani, beberapa pelakon lain seperti Iedil Putra, Jit Yang Tung, Than Siew Kim dan pengarah teater, Jo Kukhatas turut berada di sana. 

Mereka bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan selamat. - K! ONLINE