Pengumuman tersebut dibuat menerusi kemas kini terbaharu yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

“Alhamdulillah, sempena bulan Syawal yang mulia, saya mengambil kesempatan untuk mengumumkan yang saya telah berhijab sepenuhnya.

“Tidak mudah untuk bertekad, tetapi perlu ada pengorbanan, guru untuk beri tunjuk ajar, semangat dan dorongan daripada keluarga serta sahabat tersayang. Doakan saya istiqamah,” ujar anak kepada cef selebriti popular, Cef Wan itu.

Dalam masa sama, rata-rata peminat yang mengikuti Serina turut meninggalkan komen-komen positif pada pengumuman tersebut.