Aliff, 30, berkata, isu timbul apabila dia berasa tertekan akibat kehilangan dompet dan barang berharga yang mencecah jumlah RM400,000 sewaktu menjalani penggambaran muzik video Abang Nak Tegur di Sepanyol, baru-baru ini.

“Saya tertekan kerana barang hilang kemudian melihat Sajat yang asyik dengan hal sendiri sehingga kami berselisih faham sekejap.

“Itu bukan gimik atau dibuat-buat seperti yang dikatakan oleh peminat. Buat apa saya hendak menipu tentang hal kecurian seperti ini malah saya mempunyai bukti laporan polis,” jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, isu itu telah diselesaikan dengan baik dan hubungannya dengan Sajat sudah kembali pulih seperti biasa. - K! ONLINE