Kata Bella atau nama sebenarnya, Nabilah Ali Dally, dia sendiri menghubungi Sheily Rusly yang merupakan pemilik syarikat produksi berkenaan. 

“Dia dan prop master sudah memohon maaf. Saya sudah memaafkan mereka kerana kita hanya manusia dan kesilapan akan berlaku. 

“Cuma saya harap selepas ini mana-mana pihak tidak mengambil mudah dan mengambil kesempatan,” kata Bella, 27. 

Dalam kenyataan sama yang dikongsi di Instagram, Bella tidak menafikan berang dengan tindakan produksi berkenaan. 

“Saya mendapat banyak mesej peribadi (DM) daripada rakan, keluarga dan peminat mengenai perkara ini. Saya tahu, anda juga mempersoalkan perkara sama.

“Bagi saya, ia seperti tidak menghormati saya dan perlu diselesaikan. Saya tidak puas hati, jadi saya secara sendiri menghubungi Sis Sheila,” ujarnya. - K! ONLINE