Sarimah, 40, menerusi kemas kini Instagram Strory memberitahu berita gembira tersebut dan berjanji akan memaklumkan perkembangan terkini dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah, hadiah dari syurga, Tunku ‘X’ kami sudah selamat dilahirkan.

“Insya-Allah, lebih banyak perkembangan akan dikongsikan selepas ini,” tulisnya lagi.

Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 47, pada 2016.

Lebih menarik, puteri sulung pasangan ini berkongsi tarikh lahir yang sama dengan moyangnya, Almarhum Tuanku Ja’afar Almarhum Tuanku Abdul Rahman iaitu pada tanggal 19 Julai. - K! ONLINE