Sebaliknya, pemilik nama sebenar, Nabila Huda Suhaimi berkata, lebih baik berkongsi tentang perihal kerja atau kerjaya seni.

“Media sosial sekarang semakin menakutkan dan disalahgunakan oleh golongan baru. Makin lama dibiar, makin menjadi-jadi.

“Saya tidak sanggup baca dan melihat rakan-rakan dalam industri ditindas, dicaci dalam khalayak ramai. Yang buruknya, semua datang daripada kami. Jahat, pengaruh buruk, neraka tempat kami,” tulis pelakon filem Munafik itu melalui perkongsian di Instagram.

Tambah Nabila atau mesra disapa sebagai Abil, sebagai manusia biasa, golongan selebriti tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

“Kami manusia biasa cuma bezanya, kami figura popular namun tidak bermaksud kami perlu jadi sempurna untuk anda. Tidak tahu kami bekerja berbelas setiap hari. Tidak tahu apabila kita tidak dapat gaji, tidak makan, berasa sedih dan mengalami kegagalan,” getusnya.

Justeru, anak kepada penyanyi rock Amy Seach itu menyeru supaya golongan artis berhenti memohon maaf kepada netizen andai melakukan kesilapan.

“Kita memang akan buat salah. Sampai mati pun kita tetap akan buat salah. Tidak perlu minta maaf pada semua orang.

“Melainkan kalau sesuatu kesalahan itu melibatkan orang lain, contohnya bercakap buruk tentang negara, baru betul perlu mohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Jadi lepas ini, kalau buat salah dengan hidup kita sendiri, minta maaf ibu yang melahirkan, bapa atau keluarga. Minta maaf dengan Allah,” ujarnya.

Dalam tulisan tersebut juga, Abil menyelar sikap segelintir netizen yang gemar mencari kesalahan golongan selebriti tanpa memikirkan pengorbanan golongan berkenaan dalam mencari sesuap nasi dan menjalani kehidupan. - K! ONLINE