Hasrat itu disuarakan oleh Sahara, 62, kerana ingin membalas budi yang dilakukan Perdana Menteri apabila memberi peluang dirinya menyertai rombongan umrah artis veteran baru-baru ini.

"Ia adalah niat yang lahir dari hati saya atas inisiatif daripada Datuk Seri Najib yang memberi peluang kepada artis veteran untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.

"Kalau sudi, saya mahu jemput beliau dan isteri datang lihat persembahan. Ia sebagai tanda terima kasih saya atas budi yang dilakukan oleh Perdana Menteri," ujarnya yang ditemui pada sesi fotografi di Studio Utusan sebentar tadi.

Persembahan penyanyi yang popular dengan lagu Peronda Jaket Biru itu akan diadakan di Restoran Rebung, Jalan Tanglin di sini.

Tiket dijual pada harga RM2000 hingga RM3000 untuk satu meja yang memuatkan 10 orang penonton.

Sebarang maklumat boleh hubungi talian 016-3944 118 atau 016-3201 342. - K! ONLINE