Menerusi laporan yang dipetik portal KapanLagi.com, kebanyakan wanita sukakan penampilan Hye-in yang berambut pendek itu, malah ada yang menjadikannya sebagai idola.

Bukan itu sahaja, lakonan Hye-in dalam drama berkenaan mendapat komen yang positif daripada peminat meskipun dirinya masih baru dalam dunia lakonan.

Jugglers adalah salah satu drama Korea yang baru sahaja selesai ditayangkan.

Drama itu dibintangi oleh Baek Jin-hee, Kang Hye-jung, Daniel Choi dan Lee Won-geun.