Menerusi kemas kini terbaharu, Nabila berkata, luahan tersebut tidak lebih sekadar memperingati momen-momen indah bersama bapanya, bukan mencipta sebarang drama.

“Saya ikhlas dengan luahan hati terhadapnya. Ia sekadar luahan seorang anak terhadapnya. Kenapa ada pihak yang menyukarkan perkara ini?

“Persekitaran juga menjadi punca kami jauh dan membuatkan papa saya bersedih. Saya tidak rampas papa daripada sesiapa kerana darahnya ada dalam badan saya, sampai akhirat akan tetap ada,” katanya.

Nabila memuat naik status berkenaan bersama rakaman paparan skrin yang menunjukkan ibu tirinya, Nourish Hassan menulis berkenaan Amy yang tidak gemar menyambut hari bapa.

Dalam pada itu, Nabila menambah, dia tidak berniat untuk merampas bapanya itu daripada Nourish.

“Saya tidak akan rampas bintang rock kepunyaan kamu. Darah dia ada dalam badan saya, sampai akhirat pun masih ada,” katanya lagi.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hubungan antara Nabila, Nourish dan Amy boleh disifatkan sebagai kurang baik.

Nabila sendiri pernah mengakui sudah agak lama tidak berjumpa secara empat mata dengan bapanya. - K! ONLINE