Pegawai pengantara Franklin, Gwendolyn Quinn menerusi The Associated Press berkata, penyanyi lagu Think itu meninggal dunia di kediamannya di sini.

Dalam masa yang sama, ahli keluarga Franklin turut hiba dengan pemergian penyanyi tersebut.

“Kami tidak dapat menyusun kata-kata untuk mengungkapkan momen ini. Kami telah kehilangan tulang belakang dalam keluarga kami,” kata keluarganya.

Sepanjang hayatnya, Franklin telah merakamkan sebanyak 42 album studio, 45 album kompilasi dan 5 album rakaman langsung.

Dalam pada itu, bakat Franklin juga turut diiktiraf apabila beliau berjaya meraih 18 kemenangan menerusi Anugerah Grammy selama 42 tahun bergelar penyanyi. - K! ONLINE