Nourul atau nama sebenarnya, Nurul Huda Abdul Wahab melalui Instagram mendedahkan, bayi seberat 3.02 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan. 

"Alhamdulillah di atas satu lagi pemberian Allah yang sangat indah buat kami seleluarga. 

"Semoga kalian dirahmati. Insya-Allah tiba masa saya kongsi gambar #Isabelladepp," ujar Nourul, 41. 

Nurul mendirikan rumahtangga kali kedua pada tahun 2012 bersama lelaki dari Perancis bernama Eric Daniel Depp. Mereka telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zachary dan Raphael. - K! ONLINE