Perkongsian gembira itu diberitahu oleh Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 40, yang berkongsi sekeping gambar Adira dengan menampakkan keadaan perutnya yang membesar. 

Kehamilan pelantun lagu Untuk Cinta itu sekali gus menjadikan ia zuriat kelapan suaminya. 

Adira bergelar isteri kedua kepada Datuk Red selepas mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand dan menerima kelahiran anak sulung pada 10 Mac tahun lalu. 

Bersama isteri pertamanya, Sharifah Norshafila Hassim, Datuk Red dikurniakan seramai empat orang anak.

Dua lagi anaknya yang kini berusia 19 dan 14 tahun merupakan hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya sebelum bercerai. - K! ONLINE