Penganjurnya, Grandstage Sdn. Bhd., melalui satu kenyataan media mengumumkan perkara tersebut. 

“Pihak penganjur mengambil langkah ini bagi menghormati para peminat yang ingin melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang telah ditetapkan pada Rabu, 9 Mei 2018.

“Tarikh konsert yang hanya tiga hari sebelum tarikh mengundi dijangka sedikit sebanyak akan mengganggu perancangan para peminat yang mungkin antaranya perlu pulang ke kampung halaman untuk mengundi,” ujar kenyataan tersebut. 

Menurut kenyataan itu lagi, pihak penganjur merasakan bahawa langkah menangguhkan konsert berkenaan adalah wajar dan mengambil kira kepentingan semua pihak. 

Terdahulu, kumpulan legenda May bersama kumpulan Prime Domestic dijadualkan mengadakan Konsert Rock Legend 2018 di MAEPS, Serdang, Selangor pada 5 Mei depan. - K! ONLINE