Kemudahan tersebut disediakan secara percuma di hadapan pintu masuk Stesen KTM Batu Tiga, Shah Alam dan Stadium Melawati bermula pukul 10 pagi hingga 9.30 malam bagi penonton yang akan menghadiri konsert iKON esok (Sabtu) sementara WINNER, Ahad ini.

Konsert anjuran MacpiePro yang berjudul iKON 2018 Continue Tour In Kuala Lumpur dan WINNER 2018 Everywhere Tour In Kuala Lumpur itu akan bermula pada pukul 6 petang.

Tiket bagi Zon Hijau dan Zon Biru telah HABIS dijual sementara Zon iKONIC/ Zon INNER CIRCLE berharga RM639, Zon Merah (RM673), Zon Kuning (RM573) dan Zon Ungu (RM483) masih boleh didapati menerusi www.ticketcharge.com.my. 

Untuk perkembangan lanjut sila layari Facebook @MacpiePro dan www.macpiepro.com. - K! ONLINE