Menerusi satu kiriman di laman Instagramnya baru-baru ini, Maya, 38, berkongsi sekeping memaparkan masakan mentah yang akan dimasak untuk tetamu yang dijemput ke kediamannya. 

Bagaimanapun, peminat yang tidak menyiasat terlebih dahulu telah menuduh pelakon Jwanita itu memasak makanan yang haram bagi umat Islam iaitu babi. 

Sedangkan makanan yang didakwa itu sebenarnya seekor angsa. 

Perkara tersebut kemudian menimbulkan perbalahan sesama peminatnya selain ada yang mendoakan agar pelakon itu mendapat hidayah. 

Perkara berkenaan membangkitkan kemarahan ramai peminatnya apabila mempertahankan Maya dan membidas tuduhan melampau seperti itu. 

Meskipun tidak melayan tuduhan mengarut dan melampau seperti itu, Maya telah menjelaskan kepada salah seorang peminatnya di ruangan komen bahawa itu adalah angsa. - K! ONLINE