Menerusi akaun Instagram, Ariff berkata, dia sudah lama tidak merasai perhatian seperti apa yang dirasainya semalam.

“Selamat pagi, semoga hari anda baik-baik sahaja.

“Semalam saya mendapat perhatian daripada ramai orang. Sudah lama tidak menjadi orang yang penting. Bermulalah sekali lagi (here we go again...),” katanya ringkas.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memberikan komen positif kepada Ariff supaya lebih tabah dan kuat.

Tidak kurang juga ada yang menggelarkannya sebagai duda panas dan ingin menggodanya.

Bagaimanapun, ada peminat yang melahirkan rasa kurang percaya kerana Ariff dan A. Aida disifatkan sebagai pasangan penyayang.

A. Aida memfailkan perceraian dengan Ariff pada 4 April dan berpisah secara baik pada 25 April lalu.

Menurut Aida, perceraian tersebut berlaku kerana tidak mampu lagi bersama dengan bekas suami.

Aida dan Ariff bernikah pada 21 Julai tahun lalu. - K! ONLINE