Accapan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinam, 63, menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya di Taman Puchong Utama kira-kira pukul 2.43 pagi tadi.

Accapan meninggalkan seorang isteri iaitu Yogeswari Subramaniam, 53, dan 3 orang anak iatu Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan Yhuveneshwary Samynathan, 24.

Sejak dua tahun lalu, nama Accapan menjadi sebutan ramai apabila timbul berita dia telah memeluk Islam namun mendiang menafikan hal tersebut dan meminta peminat tidak membuat andaian sendiri.

Accapan yang mula bergiat aktif dalam bidang seni sejak tahun 80-an sejak bakatnya dicungkil menerusi sebuah program di RTM. - K! ONLINE